HaTiKu DiRaNTau RiNdU




Andai kau tahu
betapa sengsaranya hidupku
setelah engkau berlalu meninggalkanku
aku pasti kau kan menyesal seumur hidupmu
kerana membiarkanku hidup tanpamu...


Setiap penjuru rumah ini
mengingatkanku tentang dirimu
dan semua memori memori
yang pernah kita ciptakan dahulu
ternyata tak mudah untukku melupakannya..


Andai kau tahu
betapa tersiksanya hatiku
kerana merinduimu
aku pasti kau kan datang mengubati rinduku..


Hati sering tertanya tanya
mengapakah mendadak sungguh perubahannya..
Soalan berbau tuduhan
padaku, engkau limparkan
Kau biarkan ia menjadi teka-teki
puas aku mencari kesalahan diri
tetapi masih juga tidak ku temui..


Hampir setiap hari
ku melihatmu
tetapi kau sengaja melarikan pandangan
tak berani kau bertentang mata denganku
jadi sebenarnya, siapakah yang bersalah?


Engkau diam seribu bahasa,
tanpa ucapan mahupun bicara,
senyuman yang terukir di bibirmu
menjadi ingatan dikala rindu
meskipun ianya bukan milikku..


Masih ada lagi secebis harapan untukmu
yang aku simpan di dalam kalbu
namun
kau tidak mengerti
akan maksud yang tersembunyi...


Kau dilanda pelbagai masalah dunia
aku di sini masih lagi setia
menanti dan terus menanti
akan kehadiranmu menceritakan segala
seperti yang pernah kau lakukan..


Tetapi aku masih lagi dalam penantian
hatiku dilambung ombak rindu yang tak bertepian..
Arjuna hati
dengarlah rintihan hati
yang dirantai dan digelangi rindu....


Terima Kasih kerana membaca:)

12 comments:

tiefazatie said...

wah..buat sendii ke?
nice..

btw kalu rajin tlg komen eh

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html tq dear!

Norehan Ismail said...

sye cri ayt tu kt google , thank you .

Sabella Mohamad said...

puitiss
^_^

Norehan Ismail said...

ayat nie mmg ade sikit ngn jiwa saya.

IFA Athirah said...

buat sndiri ke ni?awesome!!! http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Norehan Ismail said...

xlah...saye cari ayat tu kat google

. Nana Chibbi . said...

sygs , awakk d tag lahh . http://mysuperduperhero.blogspot.com/2011_07_01_archive.html#2167038149861335586

try carik shoutbox awokk , tp ta jumpe .

Norehan Ismail said...

Cikk messy : heheheh ;)

CintaZulaikha said...

amboi rindu sapa nih???

Norehan Ismail said...

sape-sape jew :D

Unknown said...

xrindu panda ker? ahaha..

Norehan Ismail said...

heheheh , rindu semua owng dlm blog sye . .